MAHARAJA ASOKA

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim.
Alhamdulillah terhadap Illahi kerana memberi kudrat, kemudahan dan idea idea untuk menyiapkan tugasan ini dengan izinNya.
 Setinggi-tinggi penghargaan juga berterima kasih kepada pensyarah matapelajaran TITAS kami iaitu Wan Ahmad Fuad kerana sedikit sebanyak membantu dan membimbing kami dalam menyempurnakan tugasan ini dengan memberi idea idea dan memudahkan tugasan yang diberi. 
Tidak lupa juga pada rakan sekumpulan yang membantu mencari maklumat, idea dan kerahan tenaga dan masa untuk menyiapkan tugasan ini pada masa yang ditetapkan. Sepanjang masa menyiapkan tugasan ini kami dapat banyak ilmu pengetahuan secara tidak langsung dan tahu sedikit sebanyak tentang sejarah tajuk tugasan kami. 
Akhir sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kerana memberi peluang untuk membuat tugasan ini dan memberi pengalaman buat kami. Maaf atas segala kekurangan dalam tugasan ini. Kami harap tugasan ini sedikit sebanyak dapat membantu sesiapa yang memerlukan. Sekian terima kasih,

PENDAHULUAN

Kupasan tentang sejarah hidup Asoka sebelum dan selepas menganut agama Buddha. Terdapat beberapa contoh peperangan yang Asoka dan keluarganya terlibat. Antaranya Perang Kalinga, Perang saudara, Perang di Ujjain dan Perang Maurya - Macedonia. Banyak sumbangan yang dapat dilihat selepas Asoka menganut agama Buddha dan masih kekal hingga hari ini.

BIODATA MAHARAJA ASOKA

Nama penuh Maharaja Asoka ialah Ashoka Bindusara Maurya. Asoka adalah cucu kepada Chandragupta Maurya, pengasas pertama empayar Maurya yang merupakan empayar pertama di India pada tahun 321SM. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang dihormati pada 304 SM oleh Subhadrangi dan bapa beliau ialah Bindusara iaitu pemerintah empayar Maurya yang kedua.

Nama Asoka yang diberi oleh ibunya bermaksud 'tanpa kesedihan' seorang penganut agama Buddha pernah menguasai sebahagian besar India. Beliau diberi latihan tentera diraja menjadikan beliau sebagai cucu kesayangan datuknya kerana handal dalam peperangan. Selepas peperangan Kalinga, Asoka dilantik menjadi maharaja pada tahun 269 SM setelah membunuh saudaranya. Beliau berkuasa selama lebih kurang 40 tahun (232- 272)SM. Asoka melihat hasil peperangan itu sangat teruk dengan mayat bergelimpangan dan kediaman terbakar antara sebab membuat beliau menganut agama Buddha.


Asoka mempunyai lima isteri iaitu Asandhimitra, Devi, Karuvaki, Padmavati dan Tishyaraksha. Asoka mempunyai banyak gelaran antaranya ialah gelaran Devanampriya Priyadarsi, Dhammarakhit, Dharmarajika, Dhammarajika, Dhammaradnya, Chakravartin, Samrat, Radnyashreshtha, Magadhrajshretha, Magadharajan, Bhupatin, Mauryaraja, Aryashok, Dharmashok, Dhammashok, Asokvadhhan , Ashokavardhan, Prajapita,Dhammanayak dan Dharmanayak. Asoka mempunyai enam orang anak antaranya ialah Mahendra, Tivala, Kunala, Jalauka, Charumati dan Sanghamitra. Asoka meninggal dunia pada 232SM pada umur 72 tahun.

PEPERANGAN YANG MAHARAJA ASOKA TERLIBAT

Perang Empayar Maurya - Macedonia

Pada 322 S.M semasa pemerintahan Chandra Gupta Maurya ini merupakan persinggungan antara India dengan kekaisaran Macedonia yang dipimpin oleh Alexander Agung. Peristiwa ini berlangsung selama 2 tahun sebelum Candra Gupta Maurya naik takhta. Chandra Gupta Maurya naik takhta beberapa saat pasce kematian Alexander Agung. Ia berhasil menguasai daerah yang sebelumnya dikuasai oleh Macedonia, dan bahkan berhasil menjalin hubungan dengan musuh Alexader Agung, Seloucos Nicator (penguasa Yunani di Asia Barat) yang kemudian banyak membantu Candra Gupta Maurya dalam menuliskan sejarah India.

Perang di Ujjain/Ujjayani

Selepas Maharaja Asoka dibuang selama dua tahun oleh bapanya, Maharaja Bindusara mengundang Asoka untuk kembali ke tanah air. Maharaja Asoka berangkat ke Ujjain dan bertempur disana sehingga mengalami kecederaan yang parah. Akan tetapi, para hulubalangnya berjaya menumpaskan pemberontakan. Maharaja Asoka dirawat secara diam-diam oleh para bhiksu dan bhiksuni yang beragama Buddha sehingga pengikut setia Panglima Susima tidak boleh mencederakan Maharaja Asoka.

Perang Saudara

Setelah mangkatnya Maharaja Bindusara, berlakunya perang diantara Maharaja Asoka dan saudaranya Panglima Susima. Perang ini berlangsung selama 4 tahun. Pada awalnya Panglima Susima bercadang untuk membunuh Maharaja Asoka, namun Panglima Susima membunuh ibunya, Permaisuri Dharma. Dalam keadaan murka, Maharaja Asoka menyerang Pataliputra dan memenggal kepala saudara-saudaranya seramai 99 orang termasuk Panglima Susima dan meninggalkan seorang adiknya bernama Tissa untuk dijadikan raja . Kemudian Maharaja Asoka membuangnya di sumur di Pataliputra. Sejak peristiwa itu, banyak orang yang menggelarkannya Canda Asoka yang bermaksud Asoka si pembunuh dan tidak kenal kasih.

Perang di Pundravardhana

Maharaja Asoka membunuh seluruh Ajivikas di Pundravardhana (sebelah utara Bengal Barat yang sekuler dan Bangladesh Islam). Sekitar 18 000 pengikut sekte Ajivika dibantai atas perintah Asoka.

Perang Kalinga (261 S.M)

Kalinga terletak di antara Sungai Godavari dan Mahanadi, Kalinga merupakan kerajaan agraria yang subur. Maharaja Asoka berniat untuk menawan Kalinga. Pada awalnya baginda meminta kerajaan Kalinga tunduk pada kekuasaannya tapi tidak di terima oleh kerajaan Kalinga. Seorang panglima Magadha  dan sejumlah pasukan dihantar untuk menawan Kalinga tetapi dapat ditumpaskan. Akhirnya Maharaja Asoka memutuskan untuk mengirimkan armada perang yang besar dan memimpin sendiri peperangan ini pada (262 S.M). Setelah selesai peperangan seramai 100 000 orang yang mati manakala seramai 150 000 orang yang tercedera. Ramai janda-janda yang kematian suami dan anak-anak kehilangan ibu bapa. Sejak peperangan ini Maharaja Asoka mendapati bahawa peperangan hanya membawa kepada bencana dan kemusnahan.


Juga mengikut sejarah yang tidak diceritakan Maharaja Asoka juga terlibat dalam beberapa siri pembunuhan antaranya ialah Maharaja Asoka membunuh sesiapa yang menentang keluarganya dan baginda juga membunuh 500 orang menterinya yang sudah tidak setia padanya. Maharaja Asoka juga mempunyai bilik penyiksaan yang besar yang dikenali sebagai Neraka Asoka.

SUMBANGAN ASOKA

Politik dan pentadbiran
     Asoka telah menyusun sistem pentadbiran agar lebih sistematik. Sistem pemerintahan yang dijalankan oleh Asoka ialah raja berkuasa mutlak. Beliau telah mengadakan perbincangan dengan menteri-menterinya yang memegang tugas masing-masing. Ketua sami (purohita) berfungsi sebagai perdana menteri, bendahari sebagai penyimpan akaun pendapatan negara dan mengutip cukai bersama dengan kerani-kerani yang menyimpan rekod-rekod cukai yang akan datang dari bahagian empayar. Sistem pentadbiran berpusat diperkenalkan iaitu dibahagikan kepada beberapa bahagian utara seperti raja, majlis penasihat dan terdapat 18 jabatan untuk mengendalikan tugas-tugas penting. Raja memainkan peranan sebagai ketua negara, ketua hakim, penggubal perjanjian politik, undang-undang awam dan kerajaan serta polisi-polisi kerajaan.
     Asoka juga telah membahagikan wilayah empayar Maurya kepada empat bahagian atau wilayah. Setiap wilayah mempunyai seorang wizurai. Wizurai bermaksud seorang pegawai diraja yang menguruskan sebuah negara, tanah jajahan, atau wilayah bandar atas nama dan sebagai wakil raja. Gabenor-gabenor yang dipilih oleh raja diberi tugas mentadbir kawasan atau bahagian-bahagian kecil. Pegawai-pegawai kehakiman dilantik dikawasan-kawasan luar bandar sebagai hakim dan pentadsir cukai. Wilayah-wilayah ini dibahagikan pula kepada kumpulan (kampung) dan unit pentadbira asas ialah kampung. Kumpulan kampung akan dikendalikan oleh seorang akauntan dan pengutip cukai. Dalam hal pentadbiraan bandar juga terdapat heirarki pagawai-pegawai yang diketuai oleh superintendent (penguasa) bandar di dibantu oleh 30 superintendent dan pegawai.
     Semasa pemerintahan, Asoka juga telah melantik pegawai-pegawai baru yang dikenali sebagai 'dharma mahmatra' untuk meneliti dan mengkaji hubungan yang harmoni wujud antara manusia denga manusia yang lain. Di samping itu untuk memastikan pegawai-pegawai menjalankan polisi-polisi yang dibenarkan. Pegawai-pegawai baru ini juga memainkan peranan penting sebagai pengatur tertinggi amal kebajikan dan urusan agama. Menurut Majumdar, mereka dipilih dari kalangan penganut-penganut agama buddha, brahmin, ajivka dan nirgranthas.
     Bersesuaian dengan konsep dharma Asoka telah menghapuskan perkhidmatan rahsia yang dipekenalkan semasa pemerintahan Chandragupta. Asoka telah menggantikan perkhidmatan tersebut dengan satu badan undang-undang luar negeri yang memainkan peranan melaporkan perkembangan agama di dalam empayarnya. Selain itu asoka juga telah menghantar pegawai-pegawainya bagi menjalankan penyelidikan setiap 5 tahun di setiap wilayah.
     Asoka turut mengamalkan dasar luar negeri yang berasaskan hubungan diplomatik dengan negara jiran. Beliau menolak amalan charavatin dan peperangan menyelesaikan masalah. Beliau mengutuskan wakil ke Cyrene, Mesir dan Mecadonia. Antara pertukaran duta yang pernah dibuat seperti antioshus dari Syria, Mogas dari Cyrene dan lain-lain lagi. Tujuannya adalah untuk memperkenalkandan empayar maurya kepada negara lain. Asoka berpendapat dengan mengamalkan kerajaan yang bebas tanpa sikap permusuhan kerajaannya akan dihormati dan dapat mempengaruhi kerajaan lain. Polisinya berjaya menghasilkan pemimpin yang bermoral dan dapat menambahkan kecekapan pegawai dalam pentadbiran.

Sosial
     Asoka amat mementingkan kehidupan sosial masyarakatnya. Oleh itu beliau telah mengubah corak pemerintahan empayar maurya sebelumnya yang kurang sesuai. Beliau telah menyerapkan ajaran-ajaran buddha dalam pentadbiran. Asoka menyatakan rakyatnya perlu mengikut atau menganut ajaran buddha untuk kedamaian. Perintah-perintah in telah diukir di tiang-tiang batu yang dikenali sebagai tiang Asoka.

     Asoka juga telah menyediakan banyak kemudahan bagi kepentingan rakyatnya. Beliau telah membina banyak kemudahan infrastruktur seperti mendirikan tempat berteduh, rumah-rumah tumpangan dan menanam pokok di sepanjang jalan. Selain itu, beliau turut menyediakan air minuman di setiap bangunan untuk manusia dan binatang, menggali perigi-perigi di sepanjang jalan dan sebagainya, tujuannya ialah untuk kemudahan pengembara dan pejalan kaki dan seterusnya ia akan menarik minat rakyat untuk terus hidup di bawah pemerintahannya.
     Di samping itu, Asoka turut meningkatkan taraf pendidikan rakyat. Beliau memberi kemudahan kepada rakyat mendapat pendidikan melalui pelajaran terbuka. Melalui sistem ini semua lapisan masyarakat boleh mendapat pendidikan. Sebelum itu pelajaran hanya disampaikan dalam bahasa sanskrit di mana golongan brahmin sahaja boleh mengikutinya. Pelajaran-pelajaran terbuka diajar kepada orang ramai dan tokong-tokong dan ini membolehkan pelajaran tidak lagi dikuasai oleh golongan brahmin. Beliau turut menggalakkkan penggunaan bahasa-bahasa tempatan seperti bahasa prakrit, bahasa pali dan lain-lain lagi. Bahasa-bahasa ini lebih rapat dengan bahasa daerah.

Agama
     Asoka ada mulanya merupakan seorang pemerinah yang kejam. Sehingga dikatakan telah membunuh 99 saudaranya dalam usaha perjuangannya meluaskan jajahan takluknya. Walau bagaimanapun, keadaan ini menjadi titik permulaan kehidupan Asoka. Kesedihan yang disebabkan oleh penderitan dan keadaan melarat diseabkan peperangan menyebabkan beliau meninggalkan adat tradisi dan mula beralih kepada ajaran buddha. Asoka mengadakan siri lawatan ke seluruh negara. beliau melawat tempat-tempat suci dan mengadakan perbincangan. Asoka melantik pegawai khas Dharma Mahamatra untuk menyebarkan Dharma. Beliau juga mengirim putranya, Mahinda dan puterinya, Sanghamitra ke Ceylon yang sekarang dikenal sebagai wilayah Sri Lanka untuk menyebarkan agama Buddha. Dengan mengirim para misionaris keluar untuk mendakwahkan agama Buddha, Asoka telah menyelamatkan agama Buddha sebagai agama besar dunia. tanpa misi Asoka mungkin agama Buddha sudah tinggal kenangan. Pada masa akhir hidupnya, Asoka mengikuti ajaran tanpa kekerasan (Ahimsa) iaitu tidak membunuh binatang. Asoka juga mengenalkan konsep vegetarian.

Seni bina
     Pada masa pemerintahn Asoka , seni bina India telah berkembang pesat dan ia banyak dipengaruhi oleh agama Buddha. Tukang-tukang yang mahir banyak membuat patung dan ukiran pada pintu gerbang gua. Kuil-kuil di bina dikawasan gua dan didalam gua ini banyak terdapat ukiran yang menggambarakan kehidupan guatama buddha. Pada zaman ini juga terdapat beberapa ribu stupa telah didirikan. Stupa ini dibina daripada batu dan berentuk kubah. Ia bukan merupakan tempat suci atau kuil buddha tetapi ia adalah untuk menyimpan bahan-bahan peninggalan buddha.
     Pada zaman Asoka juga, bangunan-bangunan di bina menggunakan batu yang bermutu tinggi dan tidak lagi menggunakan papan atau kayu seperti zaman sebelumnya kemahiran kerja dan struktur banguanan sangat berkualiti. Ini kerana ia menerima pengaruh pursia dan hellenic. Keadaan ini menyebabkan tenaga buruh di ambil dari barat-utara khususnya bactria. Justeru itu, ekonomi empayar maurya di bawah asoka telah mencepai tahap yang boleh dikatakan agak maju.

Ekonomi
     Dari segi ekonomi, kerajaan tidak mempunyai hak mutlak. Perubahan ini amat berlawanan sekali dengan pemerintahan sebelumnya iaitu menetapkan hak ekonomi adalah hak kerajaan semua tanah adalah milik raja. Tetapi pada zaman pemerintahan Asoka petani dibenarkan memiliki tanah sendiri. Saiz tanah adalah mengikut kemampuan petani. Kerajaan juga menyediakan kemudahan pengairan untuk memajukan lagi bidang pertanian. Ini kerana sumber ekonomi utama ialah berasaskan pertanian. Di samping itu cukai-cukai yang sesuai iaitu 1/8 hingga 1/6 dikenakan kepada petani berbanding dengan pendapatan negara yang tinggi. Antara cukai yang diperkenalkan ialah bhaga iaitu cukai pendapatan hasil pertanian, bali iaitu cukai yang dikenakan untuk membayar gaji pegawai, cuka-cukai lain termasuklah cukai kelahiran, kematian dan perdagangan. Pendapatan dari cukai digunakan untuk urusan pembangunan negara, pentadbiran dan untuk membina infrastuktur.
     Pada tahun 243 SM Asoka mengumumkan tidak membenarkan penjualan dan penangkapan hasil ikan selama 56 hari dalam satu tahun. Lembu dan binatang yang mengeluarkan susu tidak boleh di bunuh dan akan lembu yang tidak cukup umur tidak boleh disembelih.
     Dari segi perdagangan pula, Asoka menggalakkan perdagangan antara wilayah-wilayah bagi memperkembangkan ekonomi negara. Ini menyebabkan ramai pedagang dari luar India datang berdagang di india. Antaranya dari Ceylon, kepulaua asia dan sebagainya. Kegiatan perdagangan ini secara tidak langsung turut membantu penyebaran agama buddha.

Ketenteraan
     Selepas menganut agama Buddha, Asoka tidak lagi agresif dalam bidang ketenteraan. Asoka lebih suka bersikap toleransi dan berperikemanusiaan. Tetapi ini tidak bermakna beliau mengabaikan terus bidang ketenteraan.Asoka telah menempatkan askarnya di beberapa kawasan penting dan tempat-tempat strategik. Penempatan tentera adalah bertjuan mengawal wilayah dari serangan luar. Contohnya, pasukan tentera yang kuat di tempatkan di punjab kerana kawasan itu berhampiran dengan pusat pentdbiran dan sentiasa terdedah kepada ancaman luar. Penempatan tentera di kawasan penting menjelaskan sikap Asoka yang ingin mengelak ancaman terhadap wilayahnya.


kredit: http://pbmum.tripod.com/sejarah/30.html

KESIMPULAN

Asoka merupakan generasi ketiga bagi Empayar Maurya. Empayar Maurya ditadbir bermula daripada Chandra Gupta Maurya dan diteruskan oleh Bindusara Maurya kemudiannya turun kepada Asoka. Dalam sejarah diceritakan Asoka mempunyai saudara seramai 101 orang, tetapi mereka tidak menyenangi Asoka termasuk ayahnya sendiri. Pada mulanya Asoka seorang maharaja yang sangat kejam dan tidak berhati perut. Beliau membunuh saudaranya sendiri untuk merebut takhta. Titik perubahan Asoka bermula selepas Perang Kalinga. Sejak berlakunya Perang Kalinga Asoka mula mempelajari ilmu Buddha. Beliau merasakan perang bukan cara untuk menyelesaikan masalah sebaliknya menimbulkan kekacauan. Ramai isteri-isteri yang menjadi janda dan anak-anak kehilangan orang tua. Selepas menganut agama Buddha banyak perubahan yang Asoka bawa bagi memajukan empayarnya dari segi sosial, infrastruktur, pendidikan dan politik.

RUJUKAN

1. Semesta fakta. 8 November 2016. 63 fakta menarik tentang asoka (Maharaja Asoka). Dipetik daripada https://www.semestafakta.com/2016/11/08/63-fakta-menarik-tentang-ashoka-maharaja-india.html
2. Madzani Saidie Nusa. Asoka adalah pemimpin unggul dalam sejarah India. Dipetik daripada  http://pbmum.tripod.com/sejarah/30.html
3. Nurathira257. Jelaskan sumbangan Asoka dalam mencipta keagungan Empayar Maurya di India. Dipetik daripada https://www.scribd.com/doc/99073945/Jelaskan-Sumbangan-Asoka-Dalam-Mencipta-Keagungan-Empayar-Maurya-Di-India
4. Yew Chee Wai. Wan Iqmal. Ros Maria Chin. James Chen. 2012. Nexus SPM A+ Sejarah. Petaling Jaya, Selangor. Sasbadi Sdn. Bhd.
5. Wiyonggo Seto. 2 Julai 2015. Sejarah akan terus jadi inspirasi:Sejarah Maharaja Asoka. Dipetik daripada http://wiyonggoputih.blogspot.com/2015/07/sejarah-maharaja-asoka.html

LAMPIRAN

Gambar 1 - Emapayar Maurya

semestafakta-kalinga-war

semestafakta-kalinga-war
Gambar 2 - Perang Kalinga

File:Chandragupt maurya Birla mandir 6 dec 2009 (31) (cropped).JPG
Gambar 3 - Chandra Gupta Maurya

File:Ashoka pillar at Vaishali, Bihar, India 2007-01-29.jpg
Gambar 4 - Tiang Asoka

semestafakta-bharhut-stupa
Gambar 5 - Stupa


Comments